BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 27

Renungkanlah.....

Assalamualaikum wbt..

wahh,sudah lama tidak dicoret di blog ini..

agaknya sudah bersawang dan kelam dah..=)

apapun,arini teman cuma nak berkongsi kata-kata seorang ulama' yang terkenal..
Sama-samalah kita renungkan ya sahabat-sahabat..



1. "Hebatnya Allah S.W.T. ini ialah Dia jadikan langit dan bumi tanpa contoh dan bahan binaan. Kita buat rumah ada bahan binaan iaitu batu dan kayu. Kita masak lauk pauk guna bahan iaitu rempah,daging, dan sayur-sayuran. Tetapi Allah SWT sendiri, buat langit dan bumi tidak menggunakan bahan dan contoh..Maka amat munasabahlah kita sebagai orang Islam puja dan puji Allah SWT...."












2. "Bangsa,baka dan tempat langsung tidak ada tempat di sisi Allah SWT. Depan Allah SWT nanti tidak akan ditanya kamu bangsa apa,tidak akan berlaku orang boleh jawab depan Allah SWT,aku orang Mekah lalu masuk syurga kerana orang Mekah,sama sekali tidak. Demikian juga orang Melayu,bangsanya langsung tidak boleh menolong di depan Allah SWT nanti. Yang boleh menolong ialah taqwa. Baka siapapun dia, tanpa taqwa neraka jugalah tempatnya..."












3. "Nabi Muhammad SAW ajar kita kalau nak berdoa,berdoalah ketika pintu langit terbuka. Bilaka ia terbuka? Ketika awal pagi, ketika khatib naik mimbar untuk berkhutbah, ketika hujan turun, ketika kecemasan yang teramat sangat dan lain-lain. Inilah antara masa-masa yang disebut sebagai terbukanya pintu langit..."












4. "Orang yang putus hubungan dengan Tuhan seperti wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan terbang tinggi ditiup angin namun itu tidak lama, ia akan jatuh. Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang mengikatnya. Begitu juga bandingan manusia yang putus hubungannya dengan Tuhan dengan manusia yang terikat dengan Tuhan..."










5. "Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu. Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu untuk dikembangkan dengan lebih meluas..."










Alhamdulillah,teman sudah mencatatkan sedikit kata-kata mutiara ulama' tersebut. Mari kita bca dan teliti maksud kata-kata beliau ya..







1. Sahabat-sahabat,hebatkan Allah?dibinanya langit dan bumi tanpa contoh dan bahan binaan pun..MasyaAllah,sungguh luar biasa kuasa-Nya! Namun adakah kita sering terpikir dan muhasabah diri kita dengan kekuasaan Sang Pencipta langit dan bumi ini? Kata-kata ini tidak lain tidak bukan untuk menunjukkan kepada siapa pujian dan pujaan kita harus diucap..Bukan kepada manusia,mahupun makhluk lain.. Tetapi kepada Allah Azzawajalla....



2. Benar apa yang diucapkan oleh beliau..Allah SWT tidak akan bertanya kepada kita asal kita,bangsa kita, warna kulit kita dan lain-lain. Yang akan ditanya di Padang Mahsyar ialah amalan kita,solat kita sebagai orang Islam..Kerana orang Islam itu sentiasa bersaudara selagi dia tidak memisahkan dirinya dengan saudara yang lain menurut kata-kata syaitan laknatullah..Nauzubillahiminzalik..



3. Sahabat-sahabat,Doa itu senjara orang mukmin kan?Oleh itu,walau apa jua keadaan mahupun dugaan yang menimpa berDoalah kepada-Nya...Nescaya akan dimakbulkan jika kita ikhlas biarlah lambat kerana Allah ingin menguji kesabaran kita semua..Ingatlah,hanya kepada Tuan kita,kita meminta pertolongan..Kerana Dia mengetahui apa yang terbuku di hati kita semua...Kerana Dia Tuhan Sekalian Alam...



4. Jika diteliti, memang betu. dan tiada kesangsian terhadap kata-kata beliau..Dengan terikat dengan perintah dan suruhan Allah SWT,kita bukan sahaja menuju jalan ke syurga namun berjaya mengelakkan diri daripada hasutan syaitan laknatullah..Marilah kita sama-sama menjadi 'wau yang terikat talinya' seperti manusia yang terikat dengan Tuhannya....



5. Menuntut ilmu ialah fardhu ke atas seoran muslim. Ya.memang benar! Ilmu yang bermanfaat walaupun sedikit isinya,jika dikembangkan oleh seorang manusia yang berilmu dapat memberi pengetahuan kepada manusia yang lain. Lihat! Benarlah seperti firman Allah yang bermaksud, Aku jadikan manusia sebaik-baik kejadian..Kita adalah sebaik-baik kejadian,maka gunakanlah kejadian diri kuta untuk kegunaan yang bermanfaat kepada diri,keluarga, dan Islam amnya...



Sahabat-sahabat,panjangkan celoteh teman kali ni..

Bukan berniat untuk memenatkan sahabat-sahabat, tetapi sekdar berkongsi mutiara kata dan renungan teman sendiri untuk kebaikan bersama..

InsyaAllah,kita semua sebagai umat Islam yang bertuankan Allah SWT berusaha menjadi muslim yang sejati dan beriman..



Ikhwanul Muslimin yang dirahmati Allah SWT,renung-renungkan dan sebarkanlah ilmu yang berguna walaupun setitis air menitik...Semoga Allha membalas kalian dengan kemurahan dan kasih sayang-Nya..

Sekian..

Wassalam..
=)