BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 21

Jangan

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim..
Apa habaq sahabat2 sekalian?
Lama kita xjumpa kn?
Harap2 sahabat2 sekalian dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Yang Maha Penyayang.
Aminn.

Oh,ya! hari ney sy nk bercerita sket pasai Hukum Al-Quran ney..
sy rasa rmai yg dh tau pasai hukum Al-Quran kn?
tp xpa,kita refresh blik..


Satu petang di sebuah masjid yang damai dan tenang,
terlihatlah 2 orang yang sedang duduk berbual.
Seorang berpakaian lengkap berserban manakala seorang lagi berpakaian 'rugged'..
Si pemakai pakaian 'rugged' memulakan perbualan..

"Wahai sahabat..Cheq tengok sekarang ni kan, ramai orang Islam yang mempertikaikan hukum Al-Quran..Depa tak tau ka bahawa keimanan kepada Al-Quran adalah wajib dan fardhu?"
Sahabatnya menjawab,
"Ya sahabatku..Aku melihat umat Islam di zaman ini khususnya di Malaysia ayik menidakkan hukum Al-Quran jaa..Nak kata mereka tak tau yang beriman kepada Al-Quran itu termasuk dalam rukun iman, ramai ja yang tau..Tapi tu lah manusia,mudah lupa."

Cuba kita teliti firman Allah ni..

"Setiap (daripada mereka) beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-Nya (dan mereka berkata bahawa) kami tidak membezakan antara seseorang daripada para rasul-Nya. Dan mereka berkata bahawa kami dengar dan kami taat.."
(Surah Al-Baqarah 2 : 285)

Lihatlah, Al-Quran telah menjelaskan kepada kita tentang sifat golongan yang baik...

Okey,smbung cita tadi..

"Hang tau tak, kadang-kadang kita ni rasa payah ja nk buat perintah Allah..Dah la tak buat, siap pertikai lagi.."

Sahabatnya menyambung
"Betul,betul,betul....Contoh yang paling nampak, kewajipan solat..Sebagaimana yang kita tau, punya lah Nabi Muhammad S.A.W sayang kat umatnya, sanggup pi mintak ngan Allah kurangkan jumlah solat dari 50 kepada 5 jaa.. Tapi kita?Jangankan nak bersyukur dengan solat 5 waktu tu, tapi siap pertikai lagi..

Contohnya
"Ahh..buat apa solat waktu ni.Waktu remaja waktu enjoy!"
"Buat apa nak solat...Nanti tua solat la"

"Kesian cheq tengok masyarakat kita..Depa tau kewajipan tu,tapi tetap depa langgaq..Haa,cheq ada lagi satu!"

"Kalau kita tengok la kan, orang perempuan zaman la ni main pakai ja tudung..Asal tutup rambut dah..Bukankah nas al-Quran dah bagitau kewajipan menutup aurat?Dalam Surah Al-Ahzab dan Surah Al-Nur pun dah di'mention'.."










Tiba-tiba sahabatnya menyampuk,
"Sat-sat..cheq nak bagitau ni..Hari tu,cheq ada la dengaq Si Ustaz ni tegur budak-budak remaja yang tak pakai tudung.Hang nak tau apa depa kata?"

"Apalah ustaz ni. Bertudung tu amalan masyarakat orang Arab jaa.Tak pakai tudung pun kami bukan jahat.Kami solat apa.."
Satu lagi,bila nak pi masjid. Penjaga masjid tegurlah depa sebab xpakai tudung..Tapi,hang tau apa depa kata bila dah pakai tudung?
"Eh,kau nampak macam ustazah lah!"
"Kau pula dah macam perempuan Arab!"









Sahabat-sahabat, begitulah umat Islam zaman sekarang yang mempertikaikan hukum al-Quran..


Itu baru 2 hukum al-Quran dipertikaikan..Saya rasa kalau saya taip semua,memg xhabis lah..Banyak sangat..
Memanglah manusia tiada yang sempurna..
Masing-masing ada khilaf dan kekurangan..
Tapi,kita kan hamba Allah..So,lakukanlah demi Allah S.W.T..

Kita sebagai umat Islam,hamba Allah sepatutnya terima dan lakukan dasar hukum al-Quran kerana semua hukum al-Quran datangnya dari Yang Maha Kuasa..
Dunia,Allah dah bagi..Akhirat pun Allah dah janji..Tugas kita, dengar dan taat hukum al-Quran..

Mempertikaikan hukum al-Quran adalah sama sekali salah dan boleh menyebabkan kita rosak aqidah..
Macam ni lah..
Kita tunjuk biadab dengan al-Quran,tak ikut malah pertikai lagu hukum dalam al-Quran samalah macam kita biadab dengan Allah Azzawajalla..
Wajar ke kita sombong dan biadab dengan Tuan kita?
Dengan ibu bapa pun tak boleh biadab..
So,pikir-pikirkan lah ya sahabat-sahabat sekalian..
Saya coretkan tulisan ini untuk peringatan diri sendiri dan sahabat-sahabat..
Ingatlah,dunia dan kita Allah yang punya..

Saya tinggalkan sahabat-sahabat dengan sepotong doa untuk menjadii hamba yang taat..






Sekian..
Wassalamualaikum wbt..
Wailalliqa'..

0 comments: