BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 5

Putih atau Hitam?Pilihan Anda

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim.
Apa habaq2 sahabat-sahabat?
Moga2 sntiasa dalam limpah kurnia Allah S.W.T hndaknya.
Sahabat-sahabat,ade satu kisah ney..
Sahabat-sahabat nk dgq x?
Jom2..

Pada suatu hari,
Si Abu dan Si Ali sedang round2 kampung..
Sampai di suatu tempat, depa ternampak la 2 buah jalan..
Satu jalannya putih ‘melepak’
Yg satu lagi pulak hitam ‘belegam’
So,Si Abu n Si Ali merapati jalan2 tu..
Kedua2 jalan tu bercantum n xdak pemisah antara jalan..
Namun,jalan yg putih melepak tu penuh liku2..
Manakala jalan yg hitam belegam tu stret jaa..
Sblum depa depart,depa sempat baca notis tertulis:
Pilihlah jalan yang mana kamu sukai untuk
Berjumpa dengan Tuanmu.












Si Ali yang memg org dok tau suka amek jalan mudah,tnpa melengahkan masa memecut melalui jalan hitam belegam tu..
Si Abu pula yang berfikir sebelum wt keputusan memulakan langkah kakinya dengan Basmalah melalui jalan putih melepak itu.

Maka,setelah bertahun-tahun berlalu….
Akhirnya mereka hampir smpai utk menemui Tuan mereka.
Si Abu melangkah dengan kelihatan berseri-seri dan wajahnya bercahaya
Manakala Si Ali pula berjalan dengan penuh perlahan membawa rantai yang besar dan mukanya penuh cacat cela.

Lalu, tibalah mereka di depan Tuan mereka.
Si Abu terkejut menengok keadaan Si Ali yang penuh derita dan sengsara.
Maka, terus dya p Tanya Tuannya.
“Wahai Pencipta Sekalian Alam,
Apakah yang telah terjadi pada sahabatku ini?”
Tuannya seraya menjawab,
“Wahai Abu,itulah balasan bagi sesiapa yang memilih jalan yang dipunyai oleh Syaitan Laknatullah.”
Si Abu pantas mengucap MasyaAllah..
Sungguh benar azab-Mu..

Sahabat-sahabat,
Mesti sahabat bleh agak kan ape itu jalan putih yang berliku-liku dan jalan hitam yang stret ja..
Benar sahabat-sahabat…
Jalan putih yang berliku-liku itulah jalan yang diredhai Allah…
Likunya disebabkan ujian oleh Allah S.W.T
Barangsiapa yang sabar dan tabah dengan ujian-Nya sahaja dapat melalui dengan penuh jaya seperti Si Abu tadi.
Manakala barangsiapa yang melalui jalan yang tidak diredhai Allah S.W.T (jalan hitam itu) akan menerima azab seperti Si Ali tadi..
Nauzubillahi min zalik.

Sahabat-sahabat, perasan tak?
Sebab apa dua2 jalan tu bcantum?
 Sebabnya, sesiapa yang melalui jalan gelap boleh kembali ke jalan yang benar atas kehendak dan hidayah dari Allah..
Dan sapa2 yang brada di atas jalan yg benar bila2 masa ja bleh terpesong masuk ke jalan hitam..

Oleh itu, sahabat-sahabat pilihlah..
Sama ada jalan putih (jalan yg benar) yang penuh liku2
Ataupun
Jalan hitam (jalan kebinasaan) yg nampk lurus..
Sekian sahaja coretan saya.
Bertemu lagi.
Wassalam…
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Surah At-Thalaq: Ayat 2 - 3

"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan jalan keluar (dari kesulitan-kesulitan) untuk orang itu. Dan Allah akan memberikan rezeki kepadanya dari (sumber-sumber) yang tidak pernah difikirkan. Dan barang siapa yang tawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Tuhan itu melaksanakan kehendakkanya. Sungguh Tuhan itu melaksanakan kehendakNya. Syngguhnya Allah telah menqadarkan bagi tiap-tiap sesuatu".





0 comments: