BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 1

Janganlah

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Apa habaq sahabat2?arap2 sehat sejahtera la noo..
ney,cheq aade story nk habaq mai kt shabat2.. nk dgr tak?
jom2..

Alkisahnya bermula macam ni..
jeng3..
sabaq2..
Pada suatu petang yang tenang dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..
maka duduklah dua sahabat diberi nama Ahmad dan Muhammad. sedapkan nama depa sahabat?
Si Ahmad ney orgnya kaya, hidup mewah, ad rumah besaq, keta besaq, segala-galanya besaq lah nk habaq mai..Si Muhammad pulak orgnya biasa2 ja. pakaian pun sderhana, tmpat tidoq lagi laa..tilam usang lapik tikaq mengkuang ja..
Sedang depa asyik dok hirup teh 'o', Si Ahmad pun start menyembang.
"Muhammad, demo dok sero nok jadi supo ambo ko? paka keto besa, bm daba tuh.. paka baju lawa2,comel2..Katil gak, tilam 'Sweetdream' nok oyak buwi. Acu tgk ambo neh, semak semace..Bukan Supo demo, napok supo ore miskin jah..Nayo ambo tgk ko demo neh."

Si Muhammad yang tadi control senyap, tiba2 kluaq suara.
"Ahmad,ambo bukan tokse jadi supo demo..Tapi ambo lebih memilih untuk duduk biaso2 gini jah. demo nok tau bakpo?
Ahmad,janganlah demo terlalu bangga dgn pakaian hok comel,cantik dan mahal tu sebab pakaian terakhir kito nanti kain nipis jah,iaitu kain kapan.
Dan jugok,demo jangan terlalu eksyen ngan bangga dengan keto bm daba demo tu sebab keto akhir kita ialah van jenazah n papan keranda jah.
Kawe dok kesoh tido atah lembek buruk sedangkan demo tido atah tilam sedak sebab kot-kot mano pun tempat tido terakhir kito liang lahad hok sempit lagi gelita.
Ahmad, demo keno ingat rumah demo hok supo mahligai tu janganlah dibanggo sangat sebab rumah akhir kito ialah rumah bertiang dua hok sunyi,lagi sepi dan gelap iaitu kubur.
Lagi so, demo pangkat tinggi,pangkat Datuk lagi. tapi demo terpikir tak bilo matinyo demo pangkat demo hanyalah Almarhum. sebab tu janganlah dibangga sangat pangkat demo tu.
Akhir sekali, kawe setuju demo memang hnsem, semak. Tapi demo jangan dok bangga sgt sbb bilo kito mati nanti, wajah kito akan berubah jadi tengkorak jah.
Ahmad,sebab tu janganlah terlalu bangga sangat dgn apo hok ito ado, sebab segalanya milik Allah."


Ahmad yang tadinya dok bermegah-megah tiba2 terdiam tak terkata. Dia tertunduk ke bawah dan berdoa.
 

" Ya Allah,ya Tuhanku.Ampunkanlah dosa-dosaku.Dosaku terlalu banyak dengan-Mu Ya Allah. Dosa kecil Ya Allah, dosa besar Ya Allah, dosa terang-terangan Ya Allah, dosa sembunyi-sembunyi Ya Allah dan dosa yang akan datang Ya Allah. Sesungguhnya aku aalaha makhluk-Mu yang hina lagi keji.Makbulkanlah doaku."
Sahabat-shabat sekalian, sungguh benar kata Muhammad itu kan?
Jom kita sama2 bersederhana dalam kehidupan kita. Tak rugi pun kan? Malah bertambah kasih sayang Allah dan Rasulnya kepada kita.
Sekian untuk renungan.
Wassalam..

"Wahai sahabatku yang mengutamakan hal-hal dunia.
Janganlah kamu bangga dengan memakai pakaian yang cantik dan mahal kerana pakaian terakhirmu dan aku adalah kain kapan yang putih dan nipis.
Janganlah kamu action dan bangga dengan kereta mewahmu kerana kenderaan terakhirmu dan aku adalah van jenazah dan papan keranda.
Janganlah kamu wahai sahabatku, lena dibuai mimpi di atas tilammu yang empuk itu kerana tempat tidur terakhirmu dan aku adalah liang lahad yang sempit lagi gelita.
Dan janganlah kamu, wahai sahabat yang ego dan angkuh dengan menayangkan rumahmu yang bak mahligai kerana rumah terahir kita nanti adalah kubur yang bertiang dua yang gelap dan sunyi.
Jangan juga kamu wahai sahabatku, bermegah-megah dan meninggi diri dengan pangkat dan darjat kerana bila kita tiada nanti pangkatmu tidak lain tidak bukan hanyalah Almarhum.
Dan akhirnya,aku akui wajahmu memang menarik perhatian umum namun ingatlah wajahmu yang tampan ini, bila kita mati nanti wajah itu akan berubah menjadi tengkorak..
Sahabatku, ingatlah...hidup di dunia ini hanya untuk sementara ibarat seorang pengembara yang berteduh di bawah sepohon pokok yang rendang dan akan berlalu pergi usai berteduh."
merenung jauh masa depan
merenung jauh masa yang ada

























p/s :
bm daba = bmw
semak = kacak
demo = kamu/awak
ambo = aku/saya
sero = rasa
supo = serupa
oyak buwi = habaq mai
nayo = kesian
bakpo = kenapa
atah = atas





0 comments: