BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 1

Membazirkah kita?

Mendengar khutbah yang dibacakn oleh khatib Al-Fadhil Ustaz Sabri tadi,terdetik di dalam hati..
Sudah banyak pembaziran yang kulakukan dalam hidupku, ya Allah..ampunkan daku Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya,dalam hidup kita terlalu banyak pembaziran yang kita lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak sedar..
Islam itu sungguh indah..
Maka dengan itu,pembaziran boleh dibahagikan kepada beberapa cabang..
1. Pembaziran ILMU PENGETAHUAN
Hal ini berlaku kerana kita sebgai manusia yang menuntut ilmu dan berilmu tidak megamalkan ilmu yang dipelajari di dalam kehidupan seharian dan kepada jalan kebaikan bahkan seringkali kita lalai dalam menyampaikan ilmu yang berguna yang kita peroleh kepada orang lain.
2. Pembaziran AMALAN
Seringkali mengusik perasaan, menanyakan bahawa adakah amalan yang kita lakukan seharian dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas ataupun sekadar melengkapkan apa yang patut dilakukan.Jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas,maka membazirlah amalan-amalan kita..
3. Pembaziran HATI
Hati yang suci tidak lekang dari kasih dan sayang kepada Allah S.W.T dan hati yang membazir itu ialah hati yang kosong dan jauh dari kasih dan sayang kepada Maha Pencipta.
4. Pembaziran TUBUH BADAN
Ibadah seharian kita membabaitkan pergerakan tubuh badan seiring dengan ibadah yang dilakukan. Maka pembaziran akan berlaku jika tubuh badan yang dianugerahkan Allah S.W.T kepada kita tidak digunakan untuk beribadah kepada Yang Maha Esa.
5. Pembaziran KEKAYAAN
Sesungguhnya kekayaan yang dikurniakan kepada kita datangnya dari Allah S.W.T jua. Maka janganlah digunakan kekayaan untuk jalan yang tidak diredhai Allah S.W.T dan yang tidak bermanfaat untuk diri dan Islam serta umatnya.
6. Pembaziran MASA
Masa yang ada perlulah digunakan dan diuruskan dengan sebaiknya kerana jika sebaliknya terjadi seperti pengurusan masa yang tidak teratur dan tidak digunakan dengan sebaiknya maka termasuklah kita dalam golongan yang membazir.
7. Pembaziran CINTA
Cinta yang dianugerahkan kepada kita akan terbazir apabila cinta itu dicurahkan kepada selain Allah atau cinta kepada makhluk-Nya melebihi cinta kita kepada Allah S.W.T
8. Pembaziran AKAL
Akal yang dianugerahkan Allah S.W.T kepada kita sememangnya perlu digunakan untuk kebaikan diri,keluarga dan agama. Pembaziran berlaku jika akal yang dipinjamkan itu tidak digunakan untuk berfikir untuk kebaikan dan sesuatu yang bermakna untuk agama ISLAM.
9. Pembaziran ZIKIR
Selalunya kita sebgai umat Islam setiap kali usai solat kita berzikir untuk mengingati Sang Pencipta dan ada juga masa terluang kita gunakan untuk berzikir kepada-Nya. Namun, jika zikir itu tidak memberi kesan kepada diri dan kehidupan kita, maka membazirlah kita dalam berzikir..

Saya sebagai makhluk Allah yang lemah lagi hina merasa terpanggil untuk mengajak sahabat-sahabat supaya sama-samalah kita mengurankan pembaziran di dalam hidup kita..Kerana sesungguhnya membazir itu amalan syaitan..
Oleh itu,ayuh kita berubah kepada yang lebih baik dan jauhi dari pembaziran kerana kita adalah khalifah yang diturunkan oleh Allah untuk memimpin sekalian makhluk di bumi-Nya ini.
Renung-renungkan dam selamat berjaya di dunia dan akhirat.

0 comments: