BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 2

Maaf Atau Dendam

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim


Maaf itu mahal,
Kalau terkesan mudah terucap,
Bukan maksud hati merendahkan nilainya.
Tetapi,
kerana mahalnya itulah,
saya memohon sahabat-sahabat,
agar ikhlas memberniya
Untuk semua ucap,tulis ataupun perbuatan yang pernah menyakitkan
Agar hidup kita aman,selamat dan diberkati Allah S.W.T






Ariney cheq nk habaq mai sket pasai Si Maaf dgn Si Dendam.
Cheq qasa hgpa smua tau dah pasai ney.
tp,takpa sbb mengingati apa yg baik itu perbuatan yang mulia..
sapa stuju,angkat tangan
~~~~~~~~~~
Si Maaf ney kalau hgpa nak tau,dia ney lemah lmbut pwatakannya. Sopan dan berciri mahmudah.
Si Dendam ney plak,toksah nak kata laa..vice versa..
Dengan kasaqnya,angkuhnya,amarahnya..smua ada..








Maka,pada suatu hari...
Tuan depa ney,sang manusia terlibat la dalam satu perbalahan.
Dipendekkan crita,tuan depa ney dpersalahkan atas kslhn yg dia sndri xbuat..ksian kan kt tuan depa..
Dengan tak semena-mena,peranan Si Maaf n Dendam pn bmula..
Si Maaf dengan lemah lembut bg nsht kt tuan dia,jgn marah org yg dok gaduh ngn dia..Cukup sekadar bg tguran kt org yg bsalah tu n maafkan dia.
Si Dendam yang tak puas hati menggoda tuannya dengan berkata
"Wahai tuanku yang gagah, jangan dibiarkan orang yang menuduh tuan itu. Pukullah dia sehinnga tuan berasa puas. Balas balik apa yang dia telah lakukan kepada tuan."
Si Maaf menjawab,"Jangan tuan. Perbuatan itu tidak baik tuan. Salah caranya. Tuan, tuan tegurlah orang itu dengan lemah lembut dan maafkanlah dia. Itu perbuatan yang mulia di sisi agama.'
"Argghh,tidak tuan!Maaf menipu. Kalau tuan biarkan, nanti orang itu akan memijak kepala tuan. Pukul dia tuan!Balas dendam kepada dia!"sampuk si Dendam.
"Tuan,sabar tuan. Jangan lakukan perkara yang tidak disukai Allah. Gunalah saya untuk meredakan keadaan,"kata Si Maaf..

Manusia itu terdiam dan berpikiaq sejenak.
Yang mana lebih baik,Maaf Atau Dendam?
Sahabat-sahabat,semestinya pilihan kita Maaf kan?
Awat?
Sebab



وَأَنْ تَعْفُوا أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

Maksudnya : Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa.
Tak lupa juga,

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). Surah Asy-Syu'ara ayat 43.

Sahabat-sahabat nak tau apa kesudahan crita tu?
Senang saja..
Jiwa yang dalam keresahan,
dapat ditenangkan dengan air wudhu' yang suci
Bila jiwa sudah tenang, maka sifat Si Maaf akan diguna dalam meredakan perbalahan.
Dan teguran yang baik dapat menyedarkan seseorang yang telah melakukan kesilapan tanpa dia sedari.

Maka,Si Tuan tadi lepaih amik air wudhu' dan .bertenang dia menggunakan khidmat Si Maaf sehingga org yang menuduhnya tadi sedar akan kesalahn dia.
Sungguh mulia kan Si Maaf tu?
2 orang yang berbalah dapat berbaik tanpa ada rasa amarah ataupun dendam.
Padan muka Si Dendam..
You lose!hehe..

Akhir kata,
dalam setiap perbalahan atau selisih paham..
Tenangkan hati dan jiwa dan jadilah orang bersedia memaafkan kesalahan orang lain..
Kerana orang yang sedia memaafkan orang lain,ialah insan yang berjiwa besar dan dengan memaafkan seseorang, ianya dapat mengurangkan stress dan mengekalkan kemudaan.

Sapa tak mau jadi awet muda kan?
So,sntiasalah amalkan sifat mahmudah ini ya sahabat-sahabat.
Jangan duk simpan dendam,tahan marah sebab depa neh hanya rosakkan tubuh badan kita ja.
Tak percaya?
Mai nak habaq..
Bila kita asyik duk marah ja, suhu bdan kompem naik dan of course lah kita punya blood folw tak tratur dan tunggang langgang..
tak seimbang lah katakan..


Konklusinya,jadikan amalan memberi kemaafan sebagai amalan hidup kita ketika berlaku salah paham atau pertengkaran.

"dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Surah An-Nuur ayat 22.

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;(Siapakah orang-orang yang bertaqwa?) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." Surah Ali Imran ayat 133-134.
Sekian untuk kali ini.
Coretan berhenti di sini,sebab dakwat pensel dh abes..
hehe..
wassalam..

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]







P/S:
Cheq nak mintak ampun mintak maaf andai cheq ada wat sahabat-sahabta terasa hati,terluka dengan kata-kata cheq atau perbuatan cheq.
Sesungghnya cheq hanya makhluk Allah yang lemah dan banyak kurangya.
Harap-harap sahabat-sahabat dapat memabtu cheq untuk jadi hamba Allah yang lebih baik dan bersifat mahmudah.
Kumawoyo..
Syukran..

0 comments: